Rabu, 12 Disember 2012

annoying .

assalamualaikum :)
okay , first of all , apa yang hanna nak cerita ni bukan nak perli siapa siapa , tak ada kena mengena dengan sesiapa pun .
okay , twitter sekarang dah semakin serabai dengan adanya GANG GANG yang tak sepatutnya wujud tiba tiba wujud , apa yang nak dibanggakan sangat pun tak tahu lah , apa yang ada pun hanna tak tahu . dekat twitter pun nak ber group bagai , pergi lah layan facebook kalau nak sangat ada group . okay ada group tu tak kisah lah , then boleh pula siapa yang join group mesti kena cantik , hot , handsome ? haha euw , yang tak hot tak cantik tak handsome campak mana ? bawa diri sorang sorang ? alalala , to me all this kind of gang look so lame and so like 'acah acah hot'  , hello people , hot tu tak bawa ke mana pun , better pergi buat benda berfaedah , ada masa depan , hot ni menjana masa depan ke ? sebab nak orang kenal ? alahai better pergi terjun dari tingkat 15 , confirm popular , siap masuk paper , haaaa . ni tak mencari publisti murahan , ada je yang nak di bash lah , apa lah , sebelum judge orang cermin diri tu dulu , minggu minggu masuk pavilion kan , pergi toilet kan ? haa cermin besar tu , pergi cermin diri . jangan nak buat photoshoot dalam tu eh , oops . okay stop . haha . hey teenagers , kita ni dah besar , dah boleh fikir matang , jangan sempitkan otak tu , luaskan sikit , lelaki ke perempuan ke sama je mulut macam makcik bedah dekat kampung sebelah tu , mengumpat je , please stop , tak dapat apa pun , semua orang ada kekurangan and kelebihan , tak ada pun yang perfect . awak kutuk orang , lagi orang pandang rendah dekat awak . so please mind your  words :)

Ahad, 9 Disember 2012

Cinta zaman sekolah ?

cinta ? ramai kan yang ada boyfriend girlfriend sekarang ni , lagi lagi remaja sekolah , bercinta zaman sekolah tak salah , ada je yang bercinta zaman sekolah sampai kahwin , tapi jangan terlalu taksub sampai lupa tujuan sebenar kite . masa sekarang , pelajaran lagi penting dari semua , jangan disebabkan cinta pelajaran semua dah hilang , cuba fikir , dengan cinta boleh buat awak jadi pandai ke ? pandai tentang cinta lah kot kan , bukan semua orang boleh buat dua perkara dalam satu masa , bagi diri hanna sendiri . hanna tak mampu nak buat dua benda dalam satu masa . sebab tu hanna just focus dekat satu benda . bagi yang mampu tu teruskan lah , tapi ingat , bercinta tu suka hati awak lah , tapi jangan sampai buat dosa , bila buka timeline twitter and facebook , ada je yang upload gambar tengah kiss , hug bagai lah , tak fikir ke yang awak berdua tu belum halal lagi , cakap pasal ni , ye hanna pun bukan baik sangat , tapi kite perempuan mesti kena ada rasa malu , and mahalkan diri tu . jangan senang senang nak bagi orang sentuh awak . kalau apa apa jadi , family awak yang malu , sebab awak still bawah tanggungjawab mereka , nak ke awak malukan family awak ? sebelum buat apa apa , fikir dulu , tu yang terbaik , jangan cepat terpengaruh dengan pujuk rayu seseorang , jangan serah diri awak tu senang senang je , merana diri nanti , nak pergi dating pun jangan berdua ye , macam kawan kawan hanna , mereka semua ada boyfriend , bila diorang nak pergi date or else mesti ada yang ajak hanna temankan , sebab diorang ingat apa yang hanna cerita dekat diorang , pengalaman mematangkan kite , apa apa yang diceritakan kawan mesti kite ingat , sebab tu pengaruh rakan sebaya tu sangat kuat , tak kisah lah dari cara baik atau jahat . tapi kebanyakan nya selalu terpengaruh dengan jahat . kuatkan diri dan semangat , kite masih muda , banyak lagi cabaran yang akan datang . jangan rosakkan diri di zaman remaja :)

SOCIAL NETWORKS NOWDAYS

assalamualaikum :)
nowdays , majoriti semua mesti ada laman sosial kan , facebook twitter and so on . especially remaja lah kan , kadang kadang bila on twitter or facebook rasa menyampah pun ada , kenapa ramai sangat yang nak mencari publisiti murahan , bila tweet mesti pasal cinta , yang lelaki tweet pasal perempuan , yang perempuan tweet pasal lelaki , bila stalk profile , still 13 , 14 , 15 ,16 , 17 
eh hello teenagers , awak tu sekolah lagi , nak tweet macam tu , tak salah nak   ada boyfriend or girlfriend tapi fikir lah masa depan , bila awak dah sibuk layan boyfriend girlfriend , pelajaran mesti dapat focus sikit je , macam lah hanna tak pernanh lalui semua ni . sebab tu sekarang ni hanna nak focus dekat study je , kawan boleh , semua orang hanna kawan . okay back to my topic , then ada pulak yang nak kawan dengan orang yang HOT je , amboi awak , hot tu bawa mati ye ? tak salah kan kawan dengan semua orang ? haaa let them , okay yang perempuan pula , dah macam murah sangat . tweet 


'hai , saya single ni , :)'

motif ? sebab nak lelaki try awak lah ? macam tu ? euw euw euw . haha okay tak nak mengutuk , then ada pulak yang tweet 

'siapa ada whatsapp ? dm number meh , bosan nya'

haa ni lagi lah , senangnya awak nak ada conversation kan ? then siap sayang sayang dengan sape sape je , ingat lelaki suka ke orang macam tu ? weird ;/ awak tak fikir ke buruk ke baik ? memang lah nampak baik , handsome , tapi manusia ada ramai jenis , mana tahu dia just nak tipu awak je ? tak takut ke ? bila dah jumpa , macam macam jadi , hanna sendiri dah fobia dengan semua ni . jangan terlalu percaya orang , nanti diri sendiri yang merana , tak salah kita nak percaya orang tapi jangan 100 % , macam macam boleh jadi dekat diri nanti , bila dah tunjuk diri tu murah , senang orang nak ambil kesempatan tahu tak , yang perempuan , tak salah kan nak jadi sombong sikit ? tak perlu lah semua lelaki awak nak layan , kadang kadang im wondering why this girl keep saying 'sayang' to all boys , fikir lah , yeah memang lah tu perkataan je , tapi if orang salah tafsir , dah ingat awak suka dia kn ? laman sosial ni untuk berkawan bukan menggatal , please take note , then bout gambar pulak , okay ni sangat kelakar , dah upload gambar , caption 

'natural beauty'

natural beauty ? sedangkan gambar edit banyak . mata besar kan , hidung mancung kan , kulit putih kan , alolo awak ni , bersyukur lah dengan apa yang Allah beri tu , semua orang ada kecantikan sendiri , tak perlu nak edit semua tu , edit effects ke apa , tu tak apa lah , jangan too much edit , sampai bila orang tengok awak pun orang tak kenal . biar muka hodoh jangan otak yang hodoh okay ? beauty looks nothing without brains . 

perkara yang paling hanna benci benci benci

assalamualaikum :) 
first of all , hanna just nak cakap apa yang hanna tak suka bukan nak mengutuk or else , okay , hanna memang tak suka orang yang suka tipu tentang diri sendiri , eh hello , bersyukur lah dengan apa yang awak ada , tu semua rezeki , jangan nak tipu orang tentang diri nanti diri sendiri yang merana , mengikut pengalaman hanna lah , mereka yang tipu tentang diri ni semua sebab mereka malu dengan kehidupan mereka , uh kay maybe mereka ada sebab mereka sendiri , so just let them , tapi please bersyukur lah dengan apa yang awak ada sekarang , kalau nak lebih , berusaha lah , biar susah sekarang , biar orang pandang rendah dekat kite sekarang , who knows one day kite lagi tinggi dari mereka yang lain kan , so jangan malu dengan diri sendiri :)
okay next , orang yang suka marah tiba tiba , haih , tiba tiba nak marah ?agak lah sikit , tiba tiba awak nak marah buatkan orang benci dekat awak tau , lagi lagi kalau awak tu lelaki , tiba tiba nak marah , susah dapat jodoh . haha , okay abaikan , 
bila cakap pasal kawan , macam macam kawan yang kita jumpa , ada yang memang ikhlas and ada yang depan kite baik , belakang macam tuuuuuuuuuuuuuttt . bila kite buat macam tu , orang susah nak percaya kite , berkawan lah dengan seseorang tu dengan ikhlas , tak susah kan nak jadi kawan yang baik ?  the most important , jangan bocorkan rahsia kawan and jangan sesekali aibkan kawan , hanna mengaku hanna sendiri pernah jadi kawan yang tak baik . haha , tapi setiap apa yang berlaku mematangkan kite , 
sometimes orang yang kite benci tu lah kawan baik kite :)
then , hanna tak suka orang ganggu hanna masa hanna study , jangan text or call masa hanna study . if hanna ada boyfriend pun hanna akan abaikan dia sekejap . hahaha . kejam nya saya , yela dia kena lah faham , hanna nak study , haih . 
hanna tak suka orang babitkan family dalam apa pun masalah , jangan babitkan family hanna , then kalau kawan , jangan lah sakitkan hati kawan hanna , memang hanna masuk campur nanti , biarlah apa pun orang nak kata , lagi satu hanna tak suka orang tuduh sesuka hati je , fikir dulu sebelum cakap .
yang paling hanna tak suka bila orang pegang pegang hanna , haa tu memang hanna tak suka , nak peluk peluk lah , apa lah , okay tak suka tak suka . 
er banyak lagi , penat je nk type :)

hanna ?

Assalamualaikum , empunya blog ni nama dia Hannani bt Shuaib , tapi ramai yang panggil dia Hanna , 
dia baru enam belas , still young and knowing nothing , kanak kanak orange juice lagi . 
bagi dia gelak tu everything , tak sah kalau tak gelak , sometimes laughing can make us feel so calm .
actually dia ni seorang yang tak banyak cakap dengan orang yang dia tak kenal , tapi bila dah kenal , dengar lah cerita dia tu , sampai sakit telinga . err okay , got nothing to say , i'll continue to my next post :)